Pada 24 - 28 Ogos yang lalu, satu program Teknik Menjawab Soalan SPM 2015 telah diadakan di Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar melalui ceramah motivasi. Seramai 8 orang guru-guru pakar sekitar Keningau dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab SPM. Selain ceramah teknik menjawab, satu ceramah motivasi juga telah diadakan untuk meningkatkan semangat juang pelajar bagi menghadapi peperiksaan yang akan dihadapi menjelang bulan November.
""